Berita Semasa

Perpustakaan Negara Malaysia berwajah baharu, semua perkhidmatan disatukan

KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini diletakkan di bawah satu bumbung, iaitu di Bangunan Anjung Bestari di sini, susulan Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-11 (RP2 RMKe-11) itu dilaksanakan dengan kos sebanyak RM12.8 juta.

“Antara ruang yang ditambahbaik adalah ruang bacaan individu dan kolaboratif diperbaharui dengan perabot adaptifdan warna yang lebih ceria.

“Zon siber turut dinaiktaraf dengan 48 komputer dan akses internet berkelajuan tinggi untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan.

“Zon Hipermedia Dewasa dikemas kini untuk menyediakan bahan multimedia interaktif dan hiburan, termasuk perkhidmatan Video On Demand (VOD),” katanya dalam satu kenyataan.

Pawagam mini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Galeri u-Pustaka di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Zon Siber di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Malam Gemilang Anjung Bestari@PNM di Bangunan Anjung Bestari, PNM, Kuala Lumpur hari ini.

Aaron dalam ucapannya berkata, Bangunan Anjung Bestari ini adalah simbol kepada konsep harmoni dalam kepelbagaian yang menjadi asas kepada Malaysia.

“Pusat ini juga mampu menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat melalui empat peranan utama, iaitu ruang pembelajaran yang inklusif, ruang dialog, pemeliharaan warisan dan budaya serta platform interaksi.

“Dalam era teknologi dan inovasi ini, Perpustakaan Negara Malaysia mesti memainkan peranan lebih strategik dan bersasar untuk memastikan perkhidmatan kekal relevan dengan keperluan semasa,” ujarnya.

Ruangan kerja yang telah dinaik taraf di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Zon Hipermedia Dewasa di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune

Mengulas lanjut, Aaron berkata, perkhidmatan Perpustakaan Bestari turut dilengkapi dengan 15 tablet bagi mengakses koleksi buku cerita kanak-kanak dan buku ‘Augmented Reality’ (AR) bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

“Selain itu, sebanyak 20 tablet pintar disediakan untuk mengakses 895,143 kandungan digital tersedia secara percuma daripada 21 pangkalan data u-Pustaka.

“Terdapat juga lapan tablet pintar disediakan untuk mengakses bahan e-majalah PNM. Sebanyak enam buah komputer riba dan empat buah komputer meja untuk pengguna tersedia di zon kerja,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button