
Pemberian tol percuma tidak selesaikan masalah kesesakan – Ahmad Zahid
PUTRAJAYA – Pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengguna perlu mengubah sikap dan merancang perjalanan sebaiknya apabila tiba musim perayaan.
“Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.
“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan, malam tadi.
Tambahnya, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0, di sini malam tadi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune