
Dua anggota pasukan keselamatan kemuka tuntutan palsu direman
MELAKA – Dua anggota pasukan keselamatan pelbagai pangkat yang juga bertugas sebagai jurulatih direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan berjumlah kira-kira RM26,000.
Perintah reman selama enam hari itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 1, Melaka pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 serta menerima wang rasuah secara tunai dan melalui transaksi pindahan ke akaun bank.
“Kedua-dua suspek juga disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan Kem Tahunan beberapa anggota sedangkan anggota-anggota tersebut tidak hadir latihan tersebut,” katanya.
Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |