Luar Negara

Trump umum akan isytihar darurat di sempadan selatan AS, perkenal dasar rasmi iktiraf hanya dua jantina

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan akan mengisytiharkan darurat kebangsaan di selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina.

Ucapan sulung tersebut disampaikan selepas beliau rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47, semalam.

“Saya akan mengisytiharkan darurat kebangsaan di sempadan selatan kita,” kata Trump di Capitol Rotunda AS, sambil berikrar untuk mengembalikan dasar ‘Kekal-dalam-Mexico’ serta mengerahkan tentera bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai ‘pencerobohan yang dahsyat’

Beliau turut memaklumkan bahawa kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing.

Trump seterusnya mengisytiharkan pentadbirannya akan secara rasmi mengiktiraf hanya dua jantina sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan.

“Mulai hari ini, ia akan menjadi dasar rasmi Kerajaan AS bahawa hanya terdapat dua jantina, lelaki dan perempuan,” katanya lagi.

Untuk rekod, ini merupakan penggal kedua baginya menjawat jawatan tersebut, setelah kali pertama memegangnya pada tahun 2017.

“Zaman kegemilangan Amerika bermula sekarang. Mulai hari ini, negara kita akan maju dan dihormati semula di seluruh dunia.

“”Kita akan dicemburui oleh setiap negara dan kita tidak akan membiarkan diri kita diambil kesempatan dalam setiap hari pentadbiran Trump.

“Saya akan dengan mudah, meletakkan Amerika di hadapan. Zaman kejatuhan Amerika telah berakhir,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button