Berita SemasaSukan

Sze Fei-Nur Izzuddin ditawar sertai Program RTG

PETALING JAYA – Pemain beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sudah ditawarkan untuk menyertai program Road To Gold.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat susulan lonjakan prestasi pasangan itu yang mengkagumkan dan meletakkan mereka calon berpotensi untuk meraih pingat emas pertama negara pada Olimpik Los Angeles 2028.

“Prestasi mereka melonjak dengan sangat cepat. Mereka kini sudah menjadi beregu lelaki nombor dua dunia dan hasrat kita untuk memenangi pingat emas di Olimpik Los Angeles 2028 semakin hampir kalau mereka teruskan pencapaian nombor satu atau dua ini.

“Senarai penuh pemain yang akan dipilih untuk berada dalam program ini masih belum diputuskan lagi dan kita akan umum bila sudah bersedia. Namun, dengan kedudukan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking nombor dua dunia, sudah tentu mereka layak,” katanya.

Hannah berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Liga Super Bola Jaring (NSL) 2025, di sini hari ini.

Susulan itu, Hannah berkata pihaknya akan mengadakan dengan kedua-dua pemain berkenaan bagi membincangkan mengenai bentuk sokongan yang mereka perlukan.

RTG adalah sebuah program yang diwujudkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelaras usaha membantu atlet negara yang berpotensi bagi memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Semua atlet yang terpilih dalam RTG akan diberikan sokongan tambahan, termasuk sokongan sains sukan daripada Institut Sukan Negara (ISN) dan menerima elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Kelmarin, Sze Fei-Izzuddin terus mempamerkan taring mereka apabila muncul juara Terbuka India di New Delhi.

Ia adalah gelaran keempat buat pasangan nombor dua dunia itu dalam tempoh lima bulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button