
RM668 juta untuk tambah baik kemudahan WiFi IPT seluruh negara – Fahmi
KOTA BHARU – Sebanyak RM668 juta akan dibelanjakan bagi menambah baik kemudahan WiFi di institut pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha tersebut akan dilaksanakan kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Di ketiga-tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebanyak hampir 1,000 titik akses WiFi akan dipasang,” katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap sebelum melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di UMK kampus Pengkalan Chepa hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap rasmi Kerajaan Perpaduan berkata, penambahbaikan WiFi itu akan menjadi tidak bermakna sekiranya persekitaran digital itu sendiri tidak selamat.
Justeru itu, Fahmi menegaskan kementeriannya akan bermula dengan langkah kanan bagi membasmi jenayah dalam talian menerusi pelesenan media sosial yang telah dikuatkuasakan tahun lalu.
“Pada bulan Julai tahun lalu, kerajaan telah telah membuat keputusan bahawa penyedia platform media sosial di negara ini perlu mempunyai lesen dan setakat ini TikTok, Telegram WeChat telah berjaya dilesenkan.
“Hal ini kerana kita dapati penjenayah merasakan media sosial ini adalah gelanggang yang begitu mudah mereka masuk dan curi duit serta lakukan jenayah terhadap rakyat Malaysia,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Fahmi memaklumkan bahawa jumlah kes jenayah dalam talian yang direkodkan pada tahun lalu mencecah 35,368 kes, dengan kerugian berjumlah RM1.5 bilion.
Menurut Fahmi lagi, antara tahun 2023 hingga 2024, tindakan menurunkan kandungan oleh MCMC juga meningkat sebanyak 700 peratus.
“65 peratus daripada keseluruhan permohonan untuk menurunkan hantaran di media sosial itu melibatkan kes judi dalam talian,” jelasnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |