
MINDEF jamin perkhidmatan 10 tahun pesawat Sukhoi
KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan menerima jaminan pengoperasian selama 10 tahun lagi bagi pesawat Sukhoi melalui kontrak baharu yang diperbaharui dengan syarikat, Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jaminan itu dimeterai dalam Majlis Penyerahan Kontrak 10th Year Service Life Extension Programme (SLEP) Pesawat Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Gong Kedak, di sini.
Katanya, program SLEP yang dijalankan oleh syarikat tempatan bertujuan untuk memastikan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berada dalam keadaan optimum dan kedaulatan negara terus diperkukuh.
“Kerja-kerja ini memastikan pengoperasian pesawat lebih lama dan dapat digunakan selama 10 tahun lagi. Ia turut menjimatkan perbelanjaan negara berbanding menghantarnya ke Rusia.

Menurut Khaled, sebahagian daripada kerja-kerja yang telah dijalankan oleh ATSC adalah “Service Life Extension” dan “Preventive Restoration Works/Overhaul”,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.
Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan kepada ATSC itu membuktikan kejayaan dan keupayaan pemain industri tempatan.
Bagaimanapun katanya, syarikat tempatan perlu mencari pendekatan terbaik dalam mengukuhkan industri itu termasuklah meningkatkan aspek penyelidikan dan pembangunan selain meneroka peluang dan kerjasama baharu.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune