Berita Semasa

Fahmi tegur individu sebar maklumat peribadi suspek pukul OKU

KOTA BHARU – Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat peribadi milik suspek yang memukul seorang orang kurang upaya (OKU) di pasar tani Chukai, Terengganu baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, orang ramai tidak perlu menjadi ‘hakim’ untuk menghukum dan menyebarkan maklumat peribadi pelaku itu, memandangkan pihak berkuasa telah memulakan siasatan.

“Jangan kita menswastakan bidang kehakiman dengan menjadi Hakim yang mana kita putuskan yang dia ini bersalah maka kita sebarkan maklumat peribadi dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di UMK kampus Pengkalan Chepa hari ini.

@malaysiatribune

Kes pukul OKU: Menteri Komunikasi ingatkan nitizen jangan sebar maklumat suspek #fahmifadzil #okudipukul #menterikomunikasi #kerajaanmadani #kemaman #okudipukuldisepakdiseret #kerajaanmadani

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Pada 17 Januari lalu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Terengganu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 47 tahun yang menunggang motosikal, terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, tindakan memukul OKU itu adalah amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.

“Saya juga amat terkesan kejadian itu dan walau apa yang berlaku, kita tidak boleh mengambil tindakan sendiri,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button