Berita Semasa

Empat cedera akibat terlanggar tayar lori tercabut

MANJUNG – Empat individu dilaporkan cedera dalam satu kemalangan yang berpunca daripada tayar lori tangki minyak yang tercabut di Kilometer 199 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, Sitiawan, malam tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan, kejadian pada pukul 8.40 malam itu melibatkan tiga kenderaan, iaitu Toyota Yaris, Honda Civic, dan Mercedes.

Kata kenyataan itu, kemalangan berlaku selepas tiga kenderaan terbabit merempuh tayar kiri lori tangki minyak yang tercabut di laluan berkenaan.

“Empat mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 36 tahun menaiki kenderaan Toyota Yaris, manakala dua lagi mangsa menaiki Honda Civic dan Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Wanita berusia 36 tahun di tempat duduk hadapan Toyota Yaris tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba yang menjalankan operasi menyelamat,” menggunakan peralatan khas,” kata kenyataan itu.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba Sitiawan dan Seri Manjung terbabit dalam operasi itu yang ditamatkan pada 10.36 malam.

“Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button