Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 tampil lebih meriah, tawar pengalaman beli-belah terbaik

KUALA LUMPUR – Festival Raya tersebar di Malaysia, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR 2025), kembali lagi pada tahun ini dengan menawarkan pengalaman yang lebih meriah dan memuaskan kepada pengunjung.

Memasuki tahun keempat penganjurannya, Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Nur Ali Nadzwan, berkata, expo pada tahun ini akan tampil dengan penambahbaikan dari segi keluasan ruangan santai buat para pengunjung.

“Konsep baharu yang akan diperkenalkan tahun ini adalah ruangan di bahagian luar ‘garden’ yang lebih luas, di mana orang ramai boleh datang untuk membawa kerusi ‘healing’ dan berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut dihadiri Pengurus Projek My Events International, Dailan Muhammad, serta Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd, Sharifah Nadiyah, di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Nur Ali Nadzwan.

Mengulas mengenai sasaran jualan, Nur Ali Nadzwan berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak RM25 juta hasil keuntungan daripada vendor menerusi 2 juta pengunjung yang dijangka bakal memeriahkan acara itu Mac ini.

“Pihak kami menyasarkan RM25 juta hasil keuntungan daripada vendor dengan 2 juta pengunjung dijangka akan memeriahkan ABxFGR 2025 yang bakal dijalankan selama 66 jam tanpa henti,” katanya lagi.

Tambah Nur Ali, ABxFGR 2025 turut bakal menampilkan barisan selebriti ternama tanah air serta pelbagai aktiviti menarik seperti Money Chamber dan jualan Happy Hour buat para pengunjung.

“ABxFGR 2025 turut menampilkan Mini Absolut FoodFest, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman daripada lebih 50 vendor makanan untuk berbuka puasa dan sahur sepanjang acara berlangsung.

“Pihak kami juga berasa bangga dapat melaksanakan program tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan sebahagian daripada hasil keuntungan acara ini kepada mangsa banjir, ibu tunggal, dan anak yatim, bagi membantu mereka dalam persediaan menyambut Aidilfitri,” katanya lagi.

ABxFGR 2025 akan bermula pada 21 Mac depan bermula jam 12 tengah hari hingga 24 Mac jam 6 pagi, 66 jam tanpa henti di MITEC, Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button