
Petugas kaunter khidmat pelanggan lebih lima tahun akan ditukar – KSN
Beri peluang perubahan dalam kerjaya
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu petugas kaunter perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam yang sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun ditukar peranan bagi membolehkan mereka mendapat perubahan dalam kerjaya.
Beliau berkata, tempoh lima tahun untuk bertugas di kaunter perkhidmatan adalah terlalu lama.
“Jika kita berkhidmat lebih lima tahun di satu kaunter, kita patut ditukarkan dan dibuat proses pusingan kerja kerana (tempoh) lima tahun duduk menjaga kaunter adalah terlalu lama dan tidak bersesuaian
“Oleh itu saya mohon JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), boleh tengok semua kakitangan, pegawai kita yang berkhidmat di kaunter perkhidmatan lebih lima tahun, boleh dibuat pusingan kerja,” katanya.
Shamsul Azri berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus menyampaikan amanat tahun baharu bertema Reformasi: Satu Kemestian, di sini hari ini.
Tambahnya, pertukaran peranan ini kan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua ini melibatkan semua agensi perkhidmatan awam yang mempunyai kaunter perkhidmatan.
“Saya minta kalau boleh sebulan dua ini, sebab dia ramai. Semua terlibat, yang ada kaunter perkhidmatan.
“Boleh jadi sama (jabatan), boleh jadi cross, bergantung kepada servis. Contoh macam Jabatan Imigresen (JIM) tidak boleh keluar, dia akan kekal (dalam jabatan) tapi buat kerja lainlah. Mana yang boleh rentas jabatan dia akan tukarlah,” katanya lagi.
Tambahnya, inisiatif itu tidak memerlukan satu pekeliling baharu diedarkan memandangkan ia perkara biasa dilakukan.
“… pertukaran biasa. Tapi mungkin masive lah sebab ramai. Yang mana lebih lima tahun kita akan tukar untuk menambah baik lagi perkhidmatan kaunter.
“Sebab kita kadang-kadang tengok, petugas kaunter marah-marah orang betul? Too long there, mereka pun tertekan jugakan. Jadi kita hendak ubah itulah,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |