
Pelakon remaja jadi mangsa amang seksual ketika sesi urut badan
MELAKA – Seorang pelakon remaja lelaki mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh jurusolek lelaki ketika menerima tawaran urut badan di sebuah salon di Ayer Keroh, pada Jumaat lalu.
Berikutan itu, suspek kes berusia 41 tahun direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 18 tahun pergi ke salon miliki suspek selepas ditawarkan perkhidmatan dandanan rambut percuma.
“Selepas rambut siap didandan, suspek menawarkan urutan badan yang diterima mangsa kerana sudah mengenali suspek.
“Ketika mengurut paha mangsa, suspek didakwa membuka seluar dalam mangsa dan melakukan amang seksual fizikal sambil memegang pahanya dengan kuat.
“Mangsa yang terkejut terus meninggalkan salon itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek di depan premis di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Mangsa, anak sulung daripada tiga beradik, bekerja sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara dan sedang melanjutkan pengajian tahun pertama di sebuah kolej kemahiran di Bangi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |