
Menara telekomunikasi di Kampung Jubakar Pantai kembali beroperasi
TUMPAT – Menara telekomunikasi di Kampung Jubakar Pantai, di sini yang terputus bekalan akibat banjir baru-baru ini telah dibaik pulih dan kembali beroperasi.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menara itu digunakan oleh CelcomDigi dan Maxis untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan bertapak di kawasan yang mempunyai sekitar 3,000 penduduk.
“Secara keseluruhannya, 264 menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di negeri ini, namun semuanya telah diperbaiki,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti langkah-langkah penyelesaian untuk atasi isu menara telekomunikasi terjejas pada musim banjir.

Terdahulu Fahmi menyampaikan bantuan pascabanjir kepada seramai 348 mangsa banjir di Kampung Baru Nelayan di sini.
Kesemua mangsa banjir itu menerima bantuan berupa bantuan kewangan dan makanan daripada Kementerian Komunikasi dan syarikat telekomunikasi Maxis.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |