Berita Semasa

Kilang kimia terbakar, turut sebabkan beberapa letupan

KLANG – Sebuah kilang memproses bahan kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, dekat sini dilaporkan terbakar petang tadi, dipercayai akibat kebocoran gas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran itu turut menyebabkan beberapa letupan.

“Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.32 petang tadi.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas. Pihak HAZMAT sedang mengenal pasti jenis bahan kimia yang menyebabkan letupan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Ahmad Mukhlis, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak bomba kini sedang menunggu pemilik kilang untuk mendapatkan maklumat tambahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button