
Bufet Ramadan De.Wan 1958 oleh Chef Wan tampil tema penyatuan pelbagai budaya
KUALA LUMPUR — Restoran De.Wan 1958 oleh Chef Wan, yang terkenal dengan hidangan Melayu autentik, kembali menawarkan bufet Ramadan pada tahun ini dengan tema ‘A Festive of Unity’.
Menurut pengasasnya yang juga chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, tema berkenaan menekankan pentingnya kebersamaan, nostalgia zaman kanak-kanak dan usaha dalam mengembalikan resipi-resipi yang telah lama dilupakan.
“Bufet ini bertujuan untuk menyatukan individu dari pelbagai budaya, kaum dan negara, serta mempamerkan kuasa penyatuan makanan semasa musim Ramadan,” katanya pada acara pratonton bufet Ramadan di Bangsar Shopping Centre baru-baru ini.

Sementara itu, Chef Eksekutif Sous, Chef Rizwan berkata, pihaknya komited dalam usahanya untuk berinovasi sambil menawarkan pengalaman masakan yang unik buat semua pelanggan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba kurang 40 hari lagi.
“Setiap tahun, kami berusaha untuk berinovasi sambil menawarkan pengalaman masakan yang unik. Ini bukan sekadar makan malam, ia adalah satu perayaan rasa dan kenangan yang hanya berlaku sekali setahun.
“Bufet Ramadan tahun ini sangat istimewa, dengan lebih daripada 180 jenis hidangan yang menjanjikan jamuan yang tiada tandingan. Menu ini menggabungkan rasa nostalgia dengan ciptaan inovatif, merangkumkan inti pati warisan masakan Malaysia yang kaya.
Mengulas mengenai hidangan utama dalam bufet tahun ini, Chef Rizwan berkata, antara tarikan utama adalah ‘Cik Mek Molek Live Station’ yang
menghidangkan hidangan Melayu klasik seperti nasi dagang dan nasi kerabu di atas daun pisang.
“Sebagai penghormatan kepada warisan masakan Malaysia yang kaya, dihidangkan oleh pelayan yang memakai pakaian tradisional yang elegan, memberikan pengalaman makan yang menyeluruh,” katanya.
Bagi pencinta makanan laut, Chef Rizwan berkata, bufet Ramadan tahun ini turut menyajikan ‘Seafood Lautan Samudra’, iaitu stesen yang menampilkan makanan laut seperti udang harimau, tiram dan latok.
“Seafood Lautan Samudra dilengkapi dengan hampir 20 jenis sambal. Padanan inovatif ini memperkenalkan elemen pedas pada makanan laut segar, sekali gus memberi kepuasan kepada pelanggan.
“Hidangan istimewa lain yang ditawarkan termasuk murtabak Bugis dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang menyelerakan seperti kuih-muih klasik, aneka bubur, kuih raya perayaan serta cendol gula endau yang terkenal,” katanya.
Bufet Ramadan ‘A Festive of Unity’ De.Wan 1958 akan mula dibuka dari 5 Mac hingga 29 Mac 20 di semua cawangan, termasuk di The Linc, Bangsar Shopping Center dan Bangi Resort Hotel.
Harga bermula dari RM65 hingga RM195, dengan promosi pra-tempahan bermula sebulan sebelum ia dibuka dan untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila lawati https://dewan.space./
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |