Berita SemasaSukan

Amorim akui miliki pasukan terburuk dalam sejarah United

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, menyifatkan pasukannya sebagai yang terburuk dalam sejarah kelab itu selepas kekalahan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di laman sendiri kepada Brighton, awal pagi tadi.

Kekalahan 3-1 itu meletakkan United di tempat ke-13 dalam carta dan berada di landasan untuk mencatatkan kedudukan terendah mereka dalam EPL.

Brighton melangkah dengan mudah untuk meraih kemenangan dan United kini hanya mengumpul 11 mata daripada 33 mata yang sejak Amorim menggantikan Erik ten Hag pada November tahun lalu.

Sebagai rekod, ini meruapakan kali pertama sejak musim 1989-90 Manchester United kehilangan 10 daripada 22 perlawanan pertama musim ini.

“Bayangkan apa yang sedang berlaku ini (buat) peminat Manchester United. Bayangkan apa yang sedang berlaku ini (buat) saya.

Related Articles

“Kami mendapat jurulatih baru yang kalah lebih banyak daripada jurulatih sebelum ini (Erik ten Hag). Saya tahu sepenuhnya mengenai itu.

“(Tetapi) saya tidak akan berubah, tidak kira apa pun. Saya tahu kami boleh berjaya, tetapi kami perlu bertahan melalui saat ini. Kerana saya tidak naif dan saya tahu kami perlu bertahan sekarang.

“Kami mungkin pasukan terburuk dalam sejarah Manchester United. Saya tahu anda mahu tajuk utama, tetapi saya berkata begitu kerana kita perlu mengakui itu dan mengubahnya. Inilah tajuk utama anda,” katanya selepas perlawanan.

Juara Inggeris 20 kali itu kini hampir berada di zon penyingkiran berbanding dengan lapan pasukan teratas, dengan 26 mata daripada 22 perlawanan.

Kedudukan terburuk Manchester United dalam era Liga Perdana adalah musim lalu apabila mereka menduduki tempat kelapan.

Amorim berkata, terdapat banyak ‘kesakitan’ yang akan datang untuk pasukannya sebelum musim berakhir, apabila mereka akan menerima kunjungan Rangers di Liga Europa pada Khamis ini, seteterusnya bertemu Fulham.

“Saya tidak akan mengubah cara saya melihat permainan, saya jelas tentang itu,” katanya. “Pemain-pemain akan menderita, peminat-peminat akan menderita, saya minta maaf.

“Saya mempunyai satu cara untuk melakukan perkara-perkara ini, tetapi kita perlu bertahan melalui saat ini. Sangat jelas untuk semua orang apa yang akan kita lakukan (secara taktikal),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button