
Berita Semasa
ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, meninggal dunia di Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta.
Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh pegawai khasnya, Azizul Nasry, hari ini.
Azizul berkata, jenazah Mohamad Hamsan dibawa balik ke rumahnya di Taman Kong Lok, Sandakan untuk urusan pengebumian.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada 2020, allahyarham bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |