Berita SemasaHiburanLuar Negara

Suspek kes tikam bintang Bollywood sudah ditahan

MUMBAI – Suspek kes tikam bintang Bollywood, Saif Ali Khan berjaya ditahan pihak berkuasa, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Dixit Gedam berkata, suspek dikenal pasti seorang warganegara Bangladesh.

“Bukti menunjukkan suspek adalah warganegara Bangladesh dan telah menukar namanya setelah memasuki India secara haram,” kata Gedam dalam satu sidang akhbar, lapor media antarabangsa.

Tambahnya, suspek ditahan di pinggir Mumbai itu menggunakan nama Vijay Das dan bekerja dengan sebuah agensi penjagaan rumah selepas tiba di bandar itu lima atau enam bulan lalu.

Khamis lalu, Khan, 54, ditikam enam kali oleh seorang lelaki dalam cubaan pecah rumah di kediamannya.

Dia kemudiannya menjalani pembedahan selepas mengalami luka tikaman di belakang, leher dan tangannya.

Beliau dilaporkan sudah keluar dari hospital dan sedang berehat di kediaman keluarganya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button