Berita Semasa

Sampel kerang Pantai Sura kandungi bakteria, E. coli lebihi tahap piawai

KUALA TERENGGANU – Analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, hasil analisis Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang mendapati, sampel kerang yang diambil Rabu lepas mengandungi Fecal coliform melebihi 300 MPN/100g manakal E. coli melebihi 230 MPN/100g.

“Kesimpulannya, keputusan analisis makmal terhadap kerang hanyut ke daratan pada tahun 2014, 2016, 2019, 2021 dan terkini (2025) menunjukkan tahap bakteria berkenaan dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan.

“Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya memastikan kerang yang dikutip itu , dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria.

Beliau berkata pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah.

Ruzaidi turut menyarankan orang ramai supaya sentiasa mempraktikkan langkah kebersihan semasa memproses makanan laut bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

“Langkah berjaga-jaga ini adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan terjamin dan melindungi kesihatan pengguna.

“Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap keselamatan makanan laut dan menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button