
Penghantaran pulang 127 rakyat Palestin dilaksanakan dalam masa terdekat – Ahmad Zahid
GEORGETOWN – Penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh gencatan senjata di Tebing Gaza yang berkuat kuasa selama 42 hari bermula hari ini, adalah tempoh yang sesuai untuk proses penghantaran pulang tersebut.
Beliau menambah, perkara tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu lepas dan penghantaran pulang mereka sedang diuruskan Kementerian Luar bersama Kementerian Pertahanan.
“Kedua-dua kementerian yang terlibat akan memperincikan mengenai perkara itu dalam masa terdekat dan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.
“Mereka (rakyat Palestin) telah menerima rawatan dan memohon untuk pulang… jadi dalam keadaan gencatan senjata, ini mungkin masa sesuai untuk penghantaran pulang,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025, dekat sini hari ini.
Untuk rekod, 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Tebing Gaza tersebut tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu, untuk rawatan.
Mereka yang cedera dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini manakala saudara-mara lain ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |