
Netanyahu beri amaran pihaknya berhak sambung semula perang dengan bantuan AS
JERUSALEM – Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu memberi amaran pihaknya berhak menyambung semula pertempuran di Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), sekiranya perlu.
Netanyahu turut berjanji untuk membawa pulang semua tebusan yahudi yang ditahan di wilayah Palestin.
“Kami berhak untuk menyambung semula perang jika perlu, dengan sokongan Amerika,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen semalam, sehari sebelum gencatan senjata dijadualkan berkuat kuasa.
“Kami (sentiasa) memikirkan (keadaan) semua tebusan… Saya berjanji kami akan mencapai semua matlamat (perang dan pembebasan tebusan) dan membawa pulang mereka semua.
“Dengan perjanjian ini, kami akan membawa pulang 33 saudara dan saudari kami, majoriti daripada mereka masih hidup,” katanya lagi.
Netanyahu berkata, fasa pertama selama 42 hari yang bermula hari ini, adalah ‘gencatan senjata sementara’.
“Jika perang terpaksa disambung semula, kami akan melakukannya dengan kekuatan,” kata Netanyahu, sambil menambah bahawa Israel telah “mengubah wajah Timur Tengah” sejak perang bermula.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |