
Kes pukul lelaki OKU: Polis tahan seorang lagi suspek
CHUKAI – Polis mengesahkan penahanan seorang lagi lelaki susulan kejadian pukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini kelmarin.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan, kira-kira pukul 11.30 malam semalam.
“Lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
“Setakat ini empat lelaki ditahan. Mereka berusia antara 18 hingga 60 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katany, hari ini.
Tambahnya, polis turut memanggil seberapa saksi lain untuk diambil keterangan, termasuk ahli keluarga mangsa.
Insiden tersebut berlaku apabila seorang lelaki OKU mental yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu, pada pukul 9.30 pagi, kelmarin.
Perlanggaran itu menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune