Berita Semasa

Kempen BeST jadikan Wilayah Persektuan bersih, mampan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hari ini melancarkan Kempen Bersih Setiap Tempat (BeST) di ketiga-tiga wilayahnya.

Menurut Jabatan Wilayah dalam satu kenyataan, langkah itu adalah bagi
mewujudkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih dan mampan sekaligus dapat membina imej negara yang positif bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pelancaran program ini dibuat secara serentak di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bersama-sama lebih 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa UiTM, Universiti Malayaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia) UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Selain, wakil persatuan dan masyarakat, persatuan penjaja dan peniaga serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wilayah Persekutuan di hadapan pintu masuk utama Pavilion Bukit Bintang di sini.

“Pelaksanaan program pada hari ini selari dengan usaha mewujudkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih dan mampan sekaligus dapat membina imej negara yang positif bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

” Masyarakat kita boleh mengambil contoh negeri-negeri jiran Asia seperti Jepun, walaupun tong sampah dan pekerja kebersihan jarang kelihatan di tempat-tempat awam, namun negara mereka tetap terjaga dari segi kebersihannya kerana masyarakat mereka bertanggungjawab untuk membawa balik sampah sendiri dan membuangnya di rumah dan tidak membuang sampah merata-rata,” katanya hari ini.

Katanya, didikan awal adalah faktor yang paling penting untuk membentuk teras dan nilai murni yang menjadikan masyarakat mempunyai rasa kebertanggungjawaban untuk menjaga kebersihan sejak kecil hingga ke dewasa seperti di negara Jepun.

Dalam pada itu katanya, di China pula
warga emas akan bersama-sama setiap pagi menjalankan aktiviti menyapu sampah di jalanan dari hujung ke hujung sambil mengeluarkan peluh.

Malah katanya, masyarakat China mengamalkan pengurusan dan pengasingan sampah dengan cara memasukkan sampah-sampah yang diasingkan mengikut klasifikasi di vending machine yang ada di kawasan kediaman masing-masing sebagai pertukaran kepada wang dan lain-lain ganjaran.

“Melalui program BeST kesedaran dan pendidikan awal tentang kepentingan menjaga kebersihan serta sikap kebertanggungjawaban semua lapisan umur warga Wilayah Persekutuan diharap dapat dikukuhkan seperti masyarakat Jepun dan China.

” Aktiviti pembersihan di sekitar Wilayah Persekutuan seharusnya tidak berakhir di sini sahaja malah perlu terus dibudayakan dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha turut melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang merupakan signature program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada setiap tahun.

Sebanyak 72,000 unit bendera Wilayah Persekutuan dari pelbagai saiz diedarkan pada tahun ini melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Bagi menyemarakkan semangat kebersamaan, terdapat lebih 60 program sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun dan antara program baharu termasuk Larian Hari Wilayah Persekutuan, Bersi-KAL iaitu beriadah sambil menjalankan aktiviti kebersihan, dan FT GORO iaitu gotong-royong di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button