Luar Negara

Gencatan senjata di Tebing Gaza bermula

Lewat tiga jam daripada waktu asal

KAHERAH – Perjanjian gencatan senjata antara Hamas denga rejim zionis di Tebing Gaza akhirnya berkuat kuasa hari ini setelah kelewatan hampir tiga jam.

Laporan media antarabangsa yang memetik sumber tempatan melaporkan, tiada lagi pertempuran atau serangan ketenteraan baharu sejak kira-kira setengah jam sebelum gencatan senjata itu akhirnya dilaksanakan.

Gencatan itu difahamkan bermula pada pukul 9:15 pagi GMT, dengan rejim zionis menyalahkan Hamas atas kelewatan tersebut setelah merka gagal memberikan senarai yang menamakan tiga tebusan pertama akan dibebaskan berdasarkan perjanjian itu.

Hamas menyatakan bahawa kelewatan itu disebabkan oleh sebab-sebab ‘teknikal’, tanpa memperincikannya.

Seorang pegawai Palestin yang enggan dikenali berkata, kelewatan berlaku kerana perantara meminta 48 jam tempoh ketenangan sebelum pelaksanaan gencatan senjata, tetapi serangan Israel yang berterusan sehingga saat akhir menyukarkan penghantaran senarai tersebut.

Dua jam selepas tarikh akhir, Hamas mengesahkan bahawa mereka telah menghantar senarai nama tebusan yang akan dibebaskan dan pihak Israel mengesahkan penerimaannya.

Hamas menamakan tiga tebusan yang akan dibebaskan hari ini Ahad sebagai Romi Gonen, Doron Steinbrecher dan Emily Damari.

Israel bagaimanapun tidak segera mengesahkan nama-nama berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button