
Program Rintis Future Health for All bolehkan rakyat nikmati manfaat teknologi kesihatan
KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menikmati manfaat daripada teknologi kesihatan menerusi Program Rintis Future Health for All (FH4A).
Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu yang dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil itu akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri yang bermula di Kuala Lumpur.
Menurut MCMC, program itu bertujuan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.
Selain itu, ia juga untuk mastikan akses yang inklusif dan saksama kepada teknologi kesihatan masa hadapan serta menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
“Kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Protect Health, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Berhad ini mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan melalui program rintis, menyedari peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) memberi impak signifikan kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MCMC, antara pengisian program FH4A itu termasuklah sesi perkongsian masa hadapan penjagaan kesihatan, saringan kesihatan, demonstrasi dan ujian percubaan aplikasi mudah alih secara percuma, pameran produk serta sesi kuiz.
Katanya, pelaksanaan program itu ke negeri-negeri lain termasuk di kawasan luar bandar diharapkan dapat memberikan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat tanpa mengira lokasi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |