Berita SemasaPM X

Malaysia berjaya tarik RM11 bilion pelaburan dari UK

LONDON – Lawatan kerja pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London semalam berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital.

Beliau berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas mengadakan pertemuan dengan 31 peneraju industri terkemuka di UK.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan potensi eksport bernilai RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, melibatkan produk peralatan dan komponen pesawat.

“Selain pelaburan, ada syarikat yang akan mengimport barangan bernilai kira-kira RM500 juta dalam tempoh singkat,” katanya dalam sidang media bersama delegasi Malaysia seperti dilaporkan RTM.

Beliau berkata, Malaysia dan UK bersetuju meningkatkan kerjasama ke tahap perkongsian strategik merangkumi perdagangan, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, perubahan iklim, pendidikan tinggi, pertahanan dan keselamatan.

Katanya, penyertaan rasmi UK dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 15 Disember lalu dijangka mempermudah laluan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia.

“Melalui CPTPP, peluang kontrak dan eksport Malaysia akan lebih meluas. Dalam pertemuan bersama syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad, YTL Group, dan Gamuda Bhd, kita tekankan pentingnya memberi pulangan kepada negara,” katanya.

Projek pembangunan YTL Group di UK dijangka menjana potensi eksport RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan pertemuan itu dengan Keir Starmer, Perdana Menteri UK itu turut memuji kejayaan syarikat Malaysia yang memenangi tender projek di negara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button