Berita SemasaLuar Negara

Darah, bulu burung ditemui pada enjin pesawat Jeju Air

SEOUL – Penemuan bulu burung dan kesan darah pada kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas pada 29 Disember lalu mengukuhkan teori perlanggaran burung menjadi punca nahas tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Lembaga Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Korea hasil daripada siasatan dilakukan pada 16 Januari lalu.

Sementara itu, Agensi Sumber Biologi Kebangsaan Korea (NBRA) yang menganalisis bahan tersebut memaklumkan 17 sampel termasuk bulu dan kesan darah telah diperiksa.

“Kami mengesahkan terdapat serangan burung pada salah satu enjin.

“Dan serangan burung juga tidak semestinya menyebabkan kerosakan enjin secara serta-merta,” kata Ketua Suruhanjaya Penyiasatan Kemalangan Udara dan Rel (ARAIC), Lee Seung-yeol.

Bagaimanapun katanya, satu siasatan lebih menyeluruh akan dilaksanakan termasuk mengenal pasti kemungkinan masalah gear pendaratan dan spesies burung yang berlanggar dengan pesawat.

Katanya, maklumat awal dari perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan rakaman terhenti selama empat minit sebelum pesawat terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Thailand itu meletup dan terbakar mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan kru dengan hanya dua pramugari terselamat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button