Berita SemasaJenayah & Mahkamah

76 PATI ditahan dalam serbuan di Kajang, Shah Alam

PUTRAJAYA – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Shah Alam dan Kajang, awal pagi semalam.

Operasi bermula pukul 12.05 tengah malam itu melibatkan 113 orang pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas serta Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam serbuan Imigresen di Kajang dan Shah Alam, awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 orang daripada 374 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 55 tahun dan berasal dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.

“Kesalahan dikenal pasti melibatkan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan melanggar Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan lanjut.

JIM mengingatkan tindakan tegas akan diteruskan terhadap mereka yang melanggar undang-undang imigresen dan berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button