Berita Semasa

TUDM lakukan penerbangan ihsan dari Pulau Tioman, bantu bayi terima rawatan

Oleh AYUNI BALQIS UNDAGAU

PULAU TIOMAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang bayi lelaki berusia sebulan disyaki menghidap penyakit Sepsis mendapatkan rawatan segera di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, dekat sini.

Medical Evacuation (MEDEVAC) dari Pulau Tioman itu adalah bagi menerbangkan Muhammad Emir Mikhyl Muhammad Izral Haziq bersama ibunya, Nur Anis Hidayah Mohd Nazari, menurut kenyataan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Penerbangan menggunakan helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron itu selamat mendarat di Pangkalan Udara Kuantan.

Misi penerbangan tersebut dikendalikan oleh Mejar Khairul Ridhuan Ramlee dan Mejar Helmi Che Mat serta Kuartermaster Udara, Flait Sarjan Jilvanio Stephanus dan Sarjan Udara, Muhammad Syafudeen Selamat.

“TUDM ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi Mercy Flight ini, termasuk anak kapal pesawat serta pihak-pihak yang memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung.

“Semoga bayi tersebut dapat menjalani rawatan dengan lancar dan segera diberikan kesembuhan,” kata kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button