
Makanan terakhir saya buat untuk ayah – Anak Prof Kamil
SHAH ALAM – Anak ketiga kepada pendakwah dan penulis prolifik, Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim menyentuh hati khalayak apabila berkongsi menu terakhir yang dimasak buat Allahyarham ayahnya.
Melalui satu hantaran di Facebook, Amirul Imran menceritakan momen tersebut.

“Amirul, ayah lapar sangat tapi ayah tak boleh makan makanan solid. Ayah craving lah nak makan pumpkin soup. Boleh tak buatkan?”
“Itulah antara kata-kata terakhir ayah kepada Mirul sebelum ayah tak boleh bercakap. Hanya inginkan simple pumpkin soup. Bukan nak nasi arab mahupun steak yang lazat,” tulisnya.
Menurut Amirul yang juga penulis buku Young Chef In The House itu, sebaik menerima permintaan tersebut, beliau bergegas menyediakannya.
“Pulang saja dari hospital terus Mirul ke Rosyam Mart dan beli pumpkin dan bahan lain untuk membuat simple pumpkin soup.
“Tetapi resipi kali ini Mirul guna bahan premium untuk ayah supaya ayah dapat makan sedap.
“Keesokan harinya, Mirul dan Farah Sofea suapkan ayah dengan pumpkin soup. Ayah senyum gembira dapat pumpkin soup.
“Emm … sedap, rasa lain daripada Mirul buat sebelum ni,” cerita Amirul lagi.

Tambahnya resipi sup labu sebelum itu, beliau ada letak serbuk kari dan rempah ratus.
Namun agak menyedihkan apabila Amirul memberitahu, ayahnya hanya boleh menikmati dua hingga tiga suap sahaja.
“Inilah makanan terakhir Mirul masak untuk ayah,” katanya sekali gus mengundang hiba dalam kalangan pengikut Allahyarham Prof Kamil.
Bersama posting tersebut, Amirul turut menyertai resipi yang diberi nama Pumpkin Soup MKI.
Prof Kamil menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari lalu sekitar pukul 7.19 malam di Hospital Al Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada awal Disember tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Raudzah Roslan dan empat orang anak.
Resipi Pumpkin Soup MKI
Bahan-bahan:
1 biji labu
1 biji bawang Holland
2 biji kentang
5 ulas bawang putih
2 biji cili merah (pilihan untuk siapa suka pedas)
5 biji kurma ajwa atau apa-apa kurma yang ada
1 sudu habbatus sauda
1 sudu chia seeds
2 sudu serbuk gum arabic
Salt pepper dan chicken powder secukup rasa
Gula (jika perlu, pumpkin dan kurma dah manis)
Cooking cream
Minyak zaitun premium
French butter
Cara penyediaan:
1. Buang kulit pumpkin dan isi dalam. Potong hiris nipis bawang Holland, pumpkin dan kentang.
2. Di dalam kuali non stick, letak olive oil dan butter dengan api sederhana panas. Letak bawang Holland yang dihiris nipis dan masak sehingga golden brown.
3. Letak bawang putih, cili merah dan kurma. Masak sehingga wangi dan kurma lembut
4. Letak sedikit air untuk berhenti proses pemasakan. Taburkan chia seeds dan habbatus sauda. Letak pumpkin dan kentang, gaul rata dan isi air. Masak selama 10-12 minit atau sehingga lembut.
5. Seasoning garam, black pepper dan chicken powder secukup rasa. Kisar sehingga halus. Masuk balik dalam kuali dan letak french butter dan cooking cream. Siap dan sedap jamah bersama garlic bread.
Selamat mencuba.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |