Berita Semasa

Kediaman terbakar: 88 penghuni Rumah Panjang Paulus Yan ditempatkan di PPS

KANOWIT – Seramai 15 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Paulus Yan di sini musnah dalam insiden kebakaran kelmarin.

Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, beliau merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada 88 penghuni rumah panjang itu.

“Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan kediaman mereka tetapi juga menyebabkan para penghuni kehilangan hampir semua harta benda yang mereka miliki.

“Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Kanowit, saya amat memahami kesusahan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh mangsa kebakaran ini.

Saya melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menyampaikan bantuan kepada kesemua keluarga terjejas akibat kebakaran,” katanya.

Terdahulu beliau melawat Rumah Panjang Paulus Yan itu hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Datuk Aaron, Bawan, bagi menempatkan kesemua mangsa.

“Pejabat saya juga akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan, serta badan-badan sukarela untukmemastikan proses bantuan berjalan lancar.

“Saya berharap semua mangsa diberi kekuatan, ketabahan, dan sokongan moral daripada ahli keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat sekeliling.

“Pejabat saya komited untuk membantu mangsa kembali bangkit daripada tragedi ini dan memastikan kehidupan mereka dapat dipulihkan secepat mungkin,” katanya. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button