Jom RondaRencana

Iftar tepi Selat Tebrau bersama Grand Almizan Buffet Ramadan 

ANDA mahu beralih angin dan selera sempena ketibaan Ramadan pada Mac 2025 ini? Bagaimana dengan mencuba ‘Sulaman Rasa Selatan’ sambil menikmati pemandangan matahari terbenam tatkala iftar menggamit di tepian Selat Tebrau?

Berkunjunglah ke Grand Almizan Buffet Ramadan 2025 di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, Johor yang mampu memuatkan sehingga 1,200 hadirin pada sesuatu masa dan lebih 800 ruang parkir.

KAMBING Golek Arab Grand Almizan Buffet Ramadan 2025 pasti membuka selera anda dari jauh dengan aroma masakannya selain roti canai, roti pita, roti jala, roti John dan roti boom (atas).

Sesekali apa salahnya kita cuba mengembara dan bermusafir sempena Ramadan 1446 Hijrah untuk berbuka puasa seperti orang Johor Bahru, bukan?

Malah anda tidak perlu bimbang akan harga bufetnya biarpun kemudahan yang tersedia cukup mewah! Hanya RM98 namun terdapat lebih 100 juadah pilihan bercita rasa Nusantara menanti daripada kalangan Menu Utama, Menu Menarik dan Hidangan Lauk-Pauk. Memang tidak rugi malah lebih daripada berbaloi!

ANEKA juadah yang serba lazat ini boleh dinikmati dengan hanya RM98 seorang dan memang berbaloi.

Beriftar dalam Grand Almizan Buffet Ramadan 2025 pun boleh memenangi hadiah cabutan bertuah malah siapa tahu rezeki anda, menunaikan umrah menanti Danga Bay Convention Centre ini.

Terdapat juga ruang tempahan khas VIP untuk mereka yang mementingkan keselesaan dan tidak mahu beratur di bahagian bufet. Dengan harga berbaloi RM150.90 seorang, khidmat pelayan yang menghidangkan dan mengambilkan makanan turut disediakan buat anda.

TURUT disajikan pelbagai pencuci mulut yang sentiasa menjadi idaman para tetamu.

Sajian Menu Utama dan Menarik terdiri daripada Satay Almizan, Rendang Tok, Kambing Golek Arab, Asam Pedas Jakarta, Sup Gear Box XXL, Ayam Golek Royale, Shawarma Arab, Nasi Beringin Singapore, Mi Rebus Johor, Laksa Johor, Udang Beriani Kashmir, Nasi Goreng Kambing, Durian Goreng dan Teh Dhaka.

Turut terdapat Pembuka Selera seperti Sambal Mak-mak, Caeser Salad & Dressing, Ulam-ulaman Kampung, Ikan dan Telur Masin, Aneka Keropok, Jeruk dan Asam dan Rojak Petis dan Buah sementara Buah-buahan Tempatan, Bubur Kacang Hijau, Pulut Hitam dan Jagung Terigu serta Aneka Kuih dan Kek sebagai Pencuci Mulut.

Para pengunjung juga boleh menikmati Hidangan Lauk-Pauk yang merupakan menu harian yang ditukar bergilir-gilir antaranya Asam Pedas Jakarta, Ayam Berlado Stail Padang, Ikan Masak Kicap, Daging Lomak Salai, Daging Masak Beriani Bangla, Ikan Asam Pedas Johor, Udang Butter Gongzhou, Tetel Asam Pedas Nyonya, Ayam Masak Kamheong, Sambal Goreng Jawa, Daun Turi Masak Lemak Labu, Kupang Sambal serta Petola Suun Masak Air.

SATU lagi sajian Grand Almizan Buffet Ramadan 2025 yang tidak kurang enaknya.

Juadah Minumannya pula ialah Air Kisar Longan, Air Kelapa Laut, Sirap Bandung Vanilla, Lemon Asam Boi, Teh Bunga, Teh Hijau Thai dan Ais Jagung Krim serta Air Mata Kucing.

Grand Almizan Buffet Ramadan semakin mendapat perhatian dan menjadi tarikan popular umum dengan rekod jualannya daripada RM352,450 hasil kunjungan 3,516 orang pada 2022, meningkat kepada RM572,300 (7,835 orang) pada 2023 malah mencecah RM1,065,216.87 (13,070 orang) pada 2024.

Tempahan juga dibuka mulai sekarang dengan melayari laman Facebook dan Instagram Al Mizan atau hubungi WhatsApp, 019-97900471.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button