Berita Semasa

[VIDEO] Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pagi tadi.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), Razarudin bersama pegawainya turut mengawal aliran trafik serta membantu mangsa sehingga dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Kejadian berlaku jam 7.37 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari kediamannya menuju Bukit Aman untuk menghadiri perhimpunan bulanan,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebook PDRM hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, penunggang motosikal yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia berada di lorong kiri sebelum mengubah haluan ke lorong kanan.

Pada masa sama, sebuah kereta juga menukar haluan ke lorong kanan mengakibatkan mangsa tidak sempat membrek lalu terlanggar bahagian belakang sebuah kereta lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button