Berita Semasa

Tahun Baru Cina: Pembinaan lorong tambahan Sedenak-Kulai dihentikan 12 hari

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS) laluan Sedenak-Kulai, Johor akan dihentikan selama 12 hari sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia baginmemastikan keadaan semua lebuh raya dan jalan raya berada dalam keadaan selamat dan selesa.

“Menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025 dan seiring aspirasi Kerajaan Madani dalam memastikan #jalankitaselamat, saya telah mengarahkan agar semua kerja-kerja yang dijalankan di lokasi terbabit tidak akan melibatkan sebarang penutupan lorong di kedua-dua arah lebuh raya dan tidak akan mengganggu aliran trafik sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, arahan pemberhentian kerja juga diarahkan bermula dari 23 Januari hingga 3 Februari 2024 ini.

Dalam pada itu beliau turut mengarahkan pihak PLUS agar memastikan kelancaran trafik di lokasi semasa melaksanakan semua kerja-kerja di tapak pada musim perayaan nanti.

“Saya menyeru semua pengguna jalan raya untuk memanfaatkan aplikasi MYJalan sekiranya berhadapan dengan sebarang situasi berkaitan infrastruktur jalan raya yang menyukarkan pergerakan mereka di musim perayaan ini,” katanya.

Terdahulu, beliau turun meninjau status kerja-kerja projek Fasa 1A pembinaan lorong tambahan lebuh raya itu.

Projek itu yangbdibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Madani dengan kos keseluruhan Fasa 1 RM515 juta bertujuan menangani kesesakan di LUS pada waktu puncak, cuti umum dan musim perayaan.

Projek pembinaan dan pelebaran lorong tambahan daripada dua lorong ke tiga lorong.

Sejak kerja bermula pada Julai 2024 dan sehingga 31 Disember lalu, peratus kemajuan projek adalah sebanyak 5.02 peratus dan ia dijangka siap suku kedua 2027.

Mempunyai tiga fasa, projek itu dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1 ke Fasa 3 iaitu dari Senai (Utara) ke Machap.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button