
Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh
NEW DELHI – Bintang Bollywood, Saif Ali Khan dikejarkan ke Hospital Lilavati, Mumbai selepas ditikam dalam kejadian rompakan di kediamannya, awal pagi tadi.
Menurut laporan Hindustan Times, insiden tersebut berlaku sekitar pukul 2.30 pagi waktu tempatan.
Ketika itu Saif sedang tidur bersama dua anaknya, Taimur dan Jeh.
Difahamkan, perompak telah menceroboh masuk ke rumahnya tanpa disedari.
Bagaimanapun sewaktu kejadian, isteri Saif, Kareena Kapoor tiada di rumah kerana keluar bersama kakaknya, Karisma Kapoor.
Saif dikatakan tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi bising dan berdepan perompak tersebut.
Pergelutan yang berlaku menyebabkan Saif mengalami kecederaan akibat ditikam beberapa kali oleh suspek.
Pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu dilaporkan mengalami enam luka tikaman termasuk dua luka yang sangat dalam.
Pegawai Eksekutif Hospital Lilavati, Niraj Uttamani berkata, salah satu luka tersebut hampir mengenai tulang belakangnya.
“Kami sedang bersiap sedia untuk menjalankan pembedahan ke atas Saif yang melibatkan beberapa doktor pakar bedah termasuk pakar bedah kosmetik.
“Kami akan memberikan maklumat lanjut selepas pembedahan selesai,” kata Niraj dalam kenyataannya.
Kejadian itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan industri perfileman Bollywood.
Ramai pihak turut mempersoalkan tahap keselamatan kediaman pelakon yang berasal daripada keluarga hartawan itu.
Saif kini berada di bawah pengawasan rapi pasukan perubatan, manakala pihak berkuasa sedang giat menyiasat insiden berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |