Dalam NegeriBerita Semasa

Najib luah rasa sedih terlepas momen bermakna keluarga

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa hiba apabila tidak dapat bersama keluarga dalam beberapa detik penting kehidupan mereka termasuk perkahwinan anak dan kelahiran cucunya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Najib berkongsi rasa pilu apabila mengenang ketiadaannya pada majlis perkahwinan salah seorang anaknya dan saat menyambut kehadiran cucu baru.

Perkongsian Najib di Facebook beliau mengenai kelahiran cucunya mengundang hiba dalam kalangan netizen.

“Anak saya kahwin. Saya tidak dapat hadir. Saya dapat cucu baru, saya tak dapat bersama.

“Mata berair bila mendengarnya. Tetapi kekal tabah, gembira apabila ditunjukkan gambar.

“Meraikan kedatangan Ardan, kelahiran Ashman dan Nikola,” tulis beliau.

Kenyataan itu menyentuh hati ramai pihak yang terus mengikuti perkembangan beliau.

Ia juga menggambarkan cabaran emosi yang perlu dihadapi Najib, terutamanya ketika beliau berada jauh daripada keluarga tersayang.

Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak Ogos 2022 selepas didapati bersalah dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Walaupun dalam keadaan tersebut, beliau dilihat kekal tabah dan sering menerima sokongan daripada ahli keluarga serta penyokong setianya.

Sementara itu, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat beliau.

“Moga Allah terus memberikan kesihatan yang baik dan kekuatan pada DSNR,” tulis Abd Rahman Saleh.

“Tahniah Bossku dapat cucu baru. Moga Bossku tabah. Insya-Allah kami sentiasa mendoakan Bossku dipermudahkan segala urusan,” kata Dasuki Yusuf pula.

Sehingga artikel ini ditulis hantaran tersebut mendapat 18,000 reaksi, 1,300 komen dan 135 perkongsian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button