Berita Semasa

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara

PUTRAJAYA – Sebanyak 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah diserahkan kepada Zoo Negara kelmarin.

Menurut Ketua Pengarahnya, Shamsul Akbar Sulaiman, penyerahan keratan ayam bernilai RM42,023 itu adalah untuk dijadikan makanan haiwan di zoo berkenaan.

“Bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kami berharap penyerahan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di zoo,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shamsul Akbar bagi 2024 sahaja, pihak MAQIS telah menyerahkan lebih 91,700 kg hasilan haiwan bernilai hampir RM 836,000 kepada pelbagai agensi serta pihak yang memerlukan.

Beliau turut menegaskan jabatan itu tidak berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button