Berita Semasa

KPKT bertekad tampil cemerlang dalam 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad untuk tampil lebih cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada 2025.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, warga KPKT perlu berhijrah dalam mengamalkan budaya kerja yang membawa perubahan ke arah kebaikan.

“Budaya perubahan ke arah kebaikan yang berterusan perlu dititikberatkan dalam budaya kerja KPKT sebagaimana konsep Hijrah dalam Islam.

“Hijrah bukan sekadar perubahan fizikal atau lokasi tetapi ia merangkumi tindakan, pemikiran, emosi dan spiritual,” katanya.

Kor Ming berkata demikian ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 kepada warga KPKT, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha, Datuk Noor Azman Taib.

Atas dasar itu, katanya kementerian menetapkan konsep nilai HEIGHTS iaitu Humility (Rendah Diri), Ethics (Beretika), Integrity (Berintegriti), Gung-ho (Penuh Semangat), Honesty (Jujur), Teamwork (Kerjasama) dan Success (Kejayaan) bagi memacu kejayaan dalam 2025.

“KPKT merupakan kementerian yang relevan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik dan inovatif dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Oleh yang demikian, tahun 2025 akan menjadi tahun penghijrahan KPKT dalam memperkasakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat dan seterusnya mengangkat kementerian ke tahap yang lebih cemerlang dan berprestasi tinggi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button