Berita Semasa

KPKM tingkat bekalan kelapa dari Indonesia, tangani isu kekurangan bekalan

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi bagi menangani isu kekurangan bekalan di pasaran, terutama menjelang musim perayaan.

Usaha itu termasuk perundingan dengan pembekal baharu dan meningkatkan pembelian dengan pembekal sedia ada di negara tersebut.

KPKM menganggarkan sebanyak 500 tan metrik kelapa akan dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia setiap bulan bermula Februari tahun ini.

“Di samping itu, kawasan baharu pengeluaran kelapa di Sabah dan Sarawak juga sedang dikenal pasti untuk memenuhi permintaan domestik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi memastikan kelangsungan industri kelapa, KPKM bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan melalui Projek AgroDefence yang akan memanfaatkan tanah milik kementerian tersebut untuk penanaman kelapa.

Projek itu bertujuan meningkatkan pengeluaran domestik dengan memanfaatkan tanah yang sebelum ini tidak digunakan secara optimum.

Selain itu, KPKM turut menggalakkan penyertaan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta dalam industri itu.

Justeru para petani dan usahawan yang berminat disaran untuk menghubungi Jabatan Pertanian bagi mendapatkan nasihat teknikal.

“Semua pekebun kecil kelapa digesa menghantar hasil tanaman mereka ke Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian yang dikelola oleh FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Ini penting untuk menjamin harga jualan yang kompetitif dan akses pasaran lebih luas,” menurut kenyataan itu.

Langkah itu diharap dapat memastikan bekalan kelapa yang mencukupi bagi keperluan rakyat dan industri tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button