
Jurujual direman tujuh hari bantu siasatan kotak berisi pistol, 67 butir peluru hidup di Pantai Robina
BUTTERWORTH – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan reman ke atas seorang jurujual bagi membantu siasatan berkenaan penemuan sepucuk pistol, kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di persisiran Pantai Robina, di sini kelmarin.
Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Tinggi Butterworth, Nuha Farzana Nor ‘Azam membenarkan suspek direman bermula hari ini sehingga 22 Januari depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Difahamkan, suspek berusia 28 tahun ini mempunyai dua rekod jenayah lampau dan ditahan di sebuah pangsapuri di Telok Ayer Tawar, di sini, pada pukul 2.15 petang semalam.
Suspek dikatakan membuang senjata api itu di Pantai Robina selepas bapa mentuanya ditahan polis bagi membantu siasatan melakukan ugutan jenayah.
Kelmarin, media melaporkan polis sedang mengenal pasti suspek berkaitan penemuan kotak mengandungi sepucuk pistol berserta kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di persisiran Pantai Robina.
Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad dilaporkan sebagai berkata, polis menerima maklumat pada pukul 4.30 pagi berhubung sebuah kotak yang ditemukan dalam keadaan berbalut dengan plastik hitam.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |