Berita Semasa

Titah Adendum: Kerajaan tidak arah AGC mohon ‘gag order’ – Fahmi

PUTRAJAYA – Kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan perintah larangan bersuara atau gag order bagi melarang mana-mana pihak membicarakan isu Titah Adendum.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, isu tersebut juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pagi tadi.

“Tak dibincangkan. Kabinet tak mengarahkan Jabatan Peguam Negara,” kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

@malaysiatribune

Kabinet tidak pernah mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata, perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof pagi tadi. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Isnin lalu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, dilaporkan berkata, pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah gag order itu dijadual Isnin depan.

Mengulas mengenai alasan permohonan itu, Shamsul berkata ia adalah untuk melindungi Institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

Perbicaraan Titah Adendum yang dikatakan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hayatulakmal Abdul Aziz.

Dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Hayatulakmal menetapkan 11 Mac depan untuk pengurusan kes melalui e-review.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, sebelum ini memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button