Berita Semasa

Pengusaha bufet Ramadan wajib ada sijil halal yang sah

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan supaya mana-mana pihak yang mahu mengiklankan menu bufet Ramadan perlu memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Menurut JAIPk dalam satu hantaran dalam Facebooknya, pihak terbabit dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin melalui Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk jika masih belum memilikinya. 

“Pihak yang membuat pengiklananan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah APD 2011.

“Pihak hotel dan restoran yang iklankan menu bufet Ramadan wajib miliki sijil halal,” katanya hari ini.

Katanya, pihak yang terlibat ialah hotel dan resort; restoran dan kedai makan; pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.

Jelasnya, contoh ungkapan atau iklan yang mempromosikan perkhidmatan itu ialah bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpamanya

“Jika ada pengusaha dalam negeri Perak yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan seperti di atas dan seumpamanya, dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin melalui Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button