Berita Semasa

Ujian air kencing secara rawak ke atas pengunjung konsert – KP AADK

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan melaksanakan ujian air kencing secara rawak ke atas pengunjung konsert sebagai langkah menangani kes penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata,  saringan tersebut tidak praktikal dilakukan ke atas setiap pengunjung kerana akan memakan masa.

“Ujian secara rawak memang kita boleh lakukan tetapi bukan kepada semua kerana kita faham orang ramai dan saringan ini bukan sekadar proses biasa.

“Selain itu, AADK juga boleh turun padang bersama pasukan pencegahan dan berjumpa dengan pengunjung bagi melaksanakan kempen secara bersemuka,” katanya.

Ruslin berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada  Majlis Amanat Ketua Pengarah AADK dan Perhimpunan Bulanan AADK 2025, di sini hari ini.

Ruslin kemudiannya berkata, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan sekali gus mempergiat kempen pencegahan dadah bagi tujuan tersebut.

“Kita akan berbincang dengan pihak penganjur dan baru-baru ini saya ada berjumpa dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini.

“Kita tidak mahu industri (hiburan) dikaitkan dengan dadah, padahal hanya segelintir yang ambil dadah. Justeru, yang paling penting adalah untuk pergiatkan aktiviti kempen pencegahan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button