Berita Semasa

Rafizi Ramli ketuai penerima darjah kebesaran Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Mohd Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Menteri Ekonomi itu menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Lima individu pula menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO negeri, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited, Datuk Chua Ming Huat.

Pemegang Amanah Yayasan Munarah, S Sheranjiv, menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai 25 individu pula menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button