Jenayah & Mahkamah

Polis Sepang tahan lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam

SEPANG – Polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di kawasan Savanna Southville City, dekat sini tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal berkata, suspek berusia 32 tahun dan bekerja sebagai penyelenggara bangunan ditahan di Labohan Dagang, dekat sini tengah malam tadi.

Ketika kejadian, Shan Gopal berkata, suspek yang berada dalam sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna merah dilaporkan memanggil pengadu yang sedang berjalan di kawasan awam.

“Pengadu menghampiri kereta suspek dan mendapati suspek sedang menunjukkan kemaluannya.

“Suspek kemudiannya membuat laporan polis. Bertindak atas laporan yang dibuat, polis kemudian menahan suspek pada pukul 12.15 tengah malam tadi selain turut merampas kereta jenis Proton Iriz yang dipandu suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek ini telah direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Sepang dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat orang ramai dalam membanteras sebarang aktiviti jenayah khususnya di daerah Sepang.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 48 saat dipercayai dirakam oleh pengadu ketika dipanggil oleh suspek yang berada dalam keretanya.

Menyedari dirinya dirakam selain ditegur oleh pengadu, suspek kemudian terus memandu keretanya pergi dari lokasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button