Berita SemasaDalam Negeri

Kedah cadang wajibkan tulisan Jawi pada papan iklan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah sedang mempertimbangkan cadangan mewajibkan penggunaan tulisan jawi sebagai tulisan kedua selepas rumi pada papan iklan dan papan tanda di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, usaha itu bertujuan memartabatkan warisan tulisan tersebut manakala penggunaan bahasa lain turut dibenarkan sebagai tulisan ketiga.

Namun, beliau menegaskan bahawa paparan gambar wanita berpakaian menjolok mata dilarang sama sekali.

“Kita juga bercadang melarang papan iklan menggunakan gambar atau visual yang memaparkan bahan larangan, unsur hasutan, perkauman atau senjata berbahaya.

“Semua peraturan ini akan dikuatkuasakan terhadap papan iklan dan iklan di premis yang berada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Mansor, langkah itu adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk mengangkat tulisan Jawi seiring dengan undang-undang kecil sedia ada yang menggalakkan penggunaannya.

“Kita dah ada undang-undang kecil yang menggalakkan penggunaan tulisan jawi. Bermakna, semua papan iklan digalak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan kedua,” katanya lagi.

Langkah itu katanya turut mencerminkan komitmen Kedah dalam memelihara identiti budaya dan sejarah tempatan melalui penggunaan tulisan jawi di ruang awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button