Berita SemasaDalam Negeri

Prof Kamil meninggal dunia

SHAH ALAM – Pendakwah merangkap penulis prolifik tanah air, Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia akibat kanser paru-paru, petang ini.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan isterinya, Raudzah Roslan yang juga seorang penulis melalui satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Innalillahi wainna ilaihirahiun. Semoga roh dalam rahmat Allah, mendapat keampunan Allah serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh,” tulis Raudzah.

Hantaran Raudzah di Facebook mengenai pemergian suaminya, Prof Kamil.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.19 petang di Hospital Al Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.

Beliau sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada awal Disember 2024.

Dilahirkan pada 19 Mei 1964 di Besut, Terengganu, Prof Kamil dikenali melalui karya-karya motivasi dan dakwahnya, termasuk buku ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’ yang menjadi fenomena dan laris terjual.

Allahyarham juga pernah menetap di Madinah selama tiga tahun bermula 2011, ketika mengajar di Universiti Taibah.

Pada 3 Disember 2024, Prof Kamil memaklumkan mengenai penyakitnya melalui laman Facebook, menyatakan bahawa kanser tersebut telah merebak dan jangka hayatnya dihadkan kepada beberapa minggu hingga beberapa bulan sahaja.

Beliau dan isterinya menerima ujian tersebut dengan tenang dan reda.

Walaupun dalam keadaan kesihatan yang merosot, Prof. Kamil merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada penghujung bulan ini dengan persediaan rapi termasuk membawa seorang doktor pakar bagi memantau kesihatannya sepanjang di Tanah Suci.

Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah dan penulisan di Malaysia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button