
[VIDEO] Jual Ham & Cheese di UM : Ketua Pemuda UMNO desak polis ambil tindakan
PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penjualan produk tidak halal yang dikesan di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Dalam satu hantaran video di Facebooknya, beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam.
Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh pelajar universiti berkenaan pada 10 Januari lalu selepas mendapati kedai serbaneka KKMart yang beroperasi di kawasan universiti itu menjual produk ‘Ham & Cheese’ yang diletakkan logo halal.
Dalam video itu, beliau turut menjelaskan maksud ‘ham’ yang menunjukkan produk berkenaan mengandungi kandungan babi yang haram untuk orang Islam.
“Penjualan produk seperti ini di kawasan universiti amat tidak wajar, walaupun mungkin untuk pelajar bukan Islam.
“Tapi lebih mengejutkan, bagaimana logo halal boleh dicetak pada produk sedemikian?
“Ini turut menimbulkan persoalan besar mengenai kawalan dan jaminan halal produk lain,” tegasnya.

Beliau berkata, insiden itu menambah kemarahan umat Islam selepas kes penjualan stoking bercetak kalimah Allah oleh kedai serbaneka yang sama tahun lalu.
“Luka lama pun masih belum sembuh, kini kita ditusuk dengan luka baru.
“Adakah kita sebagai umat Islam perlu terus bersabar dengan penghinaan demi penghinaan ini?” tegasnya.
Justeru, Muhamad Akmal meminta pihak polis segera menyiasat insiden tersebut dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
@malaysiatribune Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh kecewa penjualan produk ‘cheese ham’ di KKMart Universiti Malaya #cheeseham universitimalaya #malayauniversity #halal #jakim #nonhalal #beritatiktok #tiktokviral
“Cukup-cukuplah mereka mempersendakan agama kita. Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Kami mahu jaminan bahawa tiada lagi insiden seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.
Beliau juga menyeru pihak universiti agar memperketat pengawasan terhadap penjualan produk dalam kampus untuk memastikan ia mematuhi sensitiviti agama dan budaya masyarakat Malaysia.
Kes ini mencetuskan kemarahan ramai, terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam yang mendesak pihak berkuasa memberikan perhatian serius terhadap isu penghinaan agama.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |