Berita SemasaPM X

PM Anwar, PM UAE dijadual bertemu di Dubai

ABU DHABI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga pemerintah Dubai, hari ini.

Pertemuan akan berlangsung di Istana Za’abeel di Dubai, kira-kira 150 km dari sini.

Anwar, yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE bermula semalam, dijangka mengadakan perbincangan mengenai usaha mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka peluang-peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, sekuriti makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Terdahulu, Perdana Menteri akan memulakan lawatan di hari kedua ini dengan perjumpaan dengan pihak Dana Kekayaan Berdaulat UAE.

Mesyuarat perniagaan pula dimulakan dengan pertemuan Anwar dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi, diikuti Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan, dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon. Khalifa Al Mubarak.

Lawatan Perdana Menteri ini adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW), di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button