
MASWings kini milik Sarawak
KUCHING – Syarikat penerbangan MASWings Sdn Bhd kini milik kerajaan negeri Sarawak.
Perkara itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, hari ini, kata portal Dayak Daily.
“MASwings beres. Ini bermakna kita telah mengambil alih MASwings,” kata Abang Johari kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas sempena ulang tahun kelapan beliau memegang jawatan sebagai Premier.
Katanya, pengambil alihan itu akan dimuktamadkan menerusi majlis menandatangani perjanjian pengambilalihan dijangka dalam masa satu bulan.
Tambahnya, kerajaan negeri berjaya memperoleh MASwings pada harga yang telah dipersetujui, namun beliau tidak mendedahkan jumlahnya.
Ketika ditanya mengenai nama baharu syarikat penerbangan itu, beliau berkata ia akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |